AXA Building Blocks

Posted by chermaine on Wednesday Jun 30, 2010 Under Chermaine Blog

Tags : | add comments

D’Therapist Rejunevating Hair Launch

Posted by chermaine on Wednesday Jun 30, 2010 Under Chermaine Blog

Tags : | add comments

Dance Steps 10th Annual School Concert

Posted by chermaine on Sunday Jun 27, 2010 Under Emcee

Tags : | add comments

Utusan Malaysia (27 Jun 2010) - Chermaine Jadi Wanita Mualaf

Posted by chermaine on Sunday Jun 27, 2010 Under Press

Chermaine jadi wanita mualaf

Utusan Malaysia Online

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Chermaine Poo


BERKELULUSAN bidang akauntan, Chermaine Poo sentiasa menjaga penampilan walaupun sibuk dengan kerjaya. Mahir bermain piano dan gemar melancong, dia tetap tampil jelita walaupun bergaya kasual. Sukakan cabaran baru, Chermaine gembira kerana berjaya menampilkan kelainan menerusi watak wanita mualaf dalam drama Tudung Express terbitan Astro.

Dapat memegang watak wanita mualaf, dia mempelajari sesuatu yang baru. Dia dapat belajar cara bertudung dan serba sedikit tentang Islam.

Selain itu, wanita bijak ini jugai aktif sebagai hos dan bakat komersial.

Walaupun bertubuh kecil, dia memastikan dirinya sentiasa cerdas.

Jika dahulu Chermaine banyak menghabiskan masa lapang dengan bersenam di gim dan memanjat batu. Namun, terikat dengan lakonan dan kerja produksi miliknya membuatkan dia tidak mempunyai masa bersukan.

Bagi memastikan badan bertenaga dan mempunyai stamina yang kuat, dia mengamalkan petua minum banyak air.

“Tidur juga aspek yang penting untuk kelihatan cantik dan sihat. Walaupun masa tidur saya sangat terhad, saya akan memberisihkan wajah sebelum tidur,” katanya yang teruja pertama kali mendengar nama One Drop Perfumes.

Gemarkan masakan emak, dia juga fasih bertutur dalam bahasa Jepun dan Thailand. Dalam pada itu, Chermaine berazam memberi sumbangan kepada orang yang dikenalinya dari segi kesejahteraan ekonomi, emosi dan spiritual.

Sesiapa yang ingin mengenali lebih dekat tentang diri Chermaine, boleh layari laman web miliknya, www.chermainepoo.com.

Solekan: Susan P and MAC

Dandanan: Michael & Guys

Rias kuku: Twinkle Nails, E206, Level 2, Metropolitan Square, Damansara Perdana

Lokasi: Pink Passion,Kota Damansara

Gambar ihsan: Ronny Ee, Studio Pashe

Lokasi temuramah: Kechara Oasis,Level B1, Jaya One

Tags : | add comments

Mangga Online (25 Jun 2010) - Chermaine Poo Selesa Bertudung

Posted by chermaine on Friday Jun 25, 2010 Under Press

Chermaine Poo Selesa Bertudung
DITULIS OLEH NONIE JUMAAT, 25 JUN 2010 12:14

Biarpun berlainan agama, namun wanita berbangsa Cina ini selesa mengenakan tudung. Baginya tanggapan lamanya bahawa memakai tudung seolah-olah mengongkong si pemakai dan panas adalah salah sama sekali.

“Tak dapat saya bayangkan dulu melihat wanita memakai tudung dan fikir pastinya mereka akan berasa panas. Namun tahun baru Cina yang lepas, sewaktu sewaktu melancong ke Dubai bersama keluarga, kami dibawa melawat masjid di sana. Untuk masuk ke dalamnya kami harus menutup aurat dan diberikan tudung. Pertama kali memakainya saya rasakan sangat selesa dan berasa dingin. Rupanya tanggapan saya salah selama ini.

“Kebetulan saya mendapat watak Mei dalam drama Tudung Ekspres yang juga memerlukan saya memakai tudung. Kedua-duanya berlaku pada masa yang sangat tepat, waktu saya rasakan memakai tudung adalah sangat selesa dan mendapat pula watak begini. Family sangat sangat open minded dan mereka tidak kisah saya melakonkan watak wanita Islam, cuma mereka tak galakkan saya melakonkan watak yang terlalu over dan seksi,” ujar bekas akauntan bank dan Miss Malaysia 2005 ini.

Dikelilingi rakan-rakan beragama Islam membuatkan Chermaine melihat sendiri agama ini bukanlah seperti yang dilabel media barat sebagai pengganas. Baginya, ramai yang tidak mengerti, akan salah faham mengenai Islam dan hanya menilai menerusi sudut sisi tanpa melihat aspek yang lain.

“Golongan lain membuatkan Islam nampak jahat tapi sebenarnya bukan begitu. Saya banyak bergaul dengan orang Islam dan mempelajarinya. Apa yang saya lihat, agama tidak boleh direpresentasi oleh individu tetapi individu menyumbang untuk agamanya.

“Kami pernah berbincang mengenai agama kerana saya ingin tahu setiap agama yang ada di dunia. Dalam drama Tudung Ekspres saya belajar pelbagai perkataan baru seperti Alhamdulillah, memberi salam dan belajar membaca al-Quran dan saya lebih memahami Islam berbanding sebelumnya,” katanya.

FOTO oleh AZMAN MOHAMED ASMAYATIM

Tags : | add comments