Utusan Malaysia (27 Jun 2010) - Chermaine Jadi Wanita Mualaf

Posted by chermaine on Sunday Jun 27, 2010 Under Press

Chermaine jadi wanita mualaf

Utusan Malaysia Online

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Chermaine Poo


BERKELULUSAN bidang akauntan, Chermaine Poo sentiasa menjaga penampilan walaupun sibuk dengan kerjaya. Mahir bermain piano dan gemar melancong, dia tetap tampil jelita walaupun bergaya kasual. Sukakan cabaran baru, Chermaine gembira kerana berjaya menampilkan kelainan menerusi watak wanita mualaf dalam drama Tudung Express terbitan Astro.

Dapat memegang watak wanita mualaf, dia mempelajari sesuatu yang baru. Dia dapat belajar cara bertudung dan serba sedikit tentang Islam.

Selain itu, wanita bijak ini jugai aktif sebagai hos dan bakat komersial.

Walaupun bertubuh kecil, dia memastikan dirinya sentiasa cerdas.

Jika dahulu Chermaine banyak menghabiskan masa lapang dengan bersenam di gim dan memanjat batu. Namun, terikat dengan lakonan dan kerja produksi miliknya membuatkan dia tidak mempunyai masa bersukan.

Bagi memastikan badan bertenaga dan mempunyai stamina yang kuat, dia mengamalkan petua minum banyak air.

“Tidur juga aspek yang penting untuk kelihatan cantik dan sihat. Walaupun masa tidur saya sangat terhad, saya akan memberisihkan wajah sebelum tidur,” katanya yang teruja pertama kali mendengar nama One Drop Perfumes.

Gemarkan masakan emak, dia juga fasih bertutur dalam bahasa Jepun dan Thailand. Dalam pada itu, Chermaine berazam memberi sumbangan kepada orang yang dikenalinya dari segi kesejahteraan ekonomi, emosi dan spiritual.

Sesiapa yang ingin mengenali lebih dekat tentang diri Chermaine, boleh layari laman web miliknya, www.chermainepoo.com.

Solekan: Susan P and MAC

Dandanan: Michael & Guys

Rias kuku: Twinkle Nails, E206, Level 2, Metropolitan Square, Damansara Perdana

Lokasi: Pink Passion,Kota Damansara

Gambar ihsan: Ronny Ee, Studio Pashe

Lokasi temuramah: Kechara Oasis,Level B1, Jaya One

No TweetBacks yet. (Be the first to Tweet this post)

Leave a Reply